Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah , Dato Hanifah Hajar Taib menghadiri Majlis Makan Malam Mantar Gawai Mukah 2025. Foto Hanifah Hajar Taib (FB)

Hanifah kenakan ‘ngepan Iban’ hadiri Malam Mantar Gawai curi perhatian ramai

MUKAH, 17 Mei: Menghadiri majlis dengan lengkap mengenakan busana tradisional lengkap kaum Iban iaitu ‘ngepan Iban’,  Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib mencuri perhatian ramai semalam.

Timbalan Menteri Ekonomi itu menyerikan Majlis Makan Malam Mantar Gawai Mukah 2025 yang diadakan sebagai pembuka tirai kepada sambutan perayaan Gawai Dayak di daerah Mukah di sini.

Kehadiran beliau dalam busana tradisional menggambarkan semangat perpaduan, keterangkuman serta komitmen dalam meraikan kepelbagaian budaya masyarakat di kawasan Parlimen yang diwakilinya.

Majlis ini merupakan anjuran awal oleh Sarawak Dayak National Union (SDNU) sempena sambutan Gawai Dayak yang diraikan oleh masyarakat Dayak setiap 1 Jun, khususnya dalam kalangan komuniti Iban dan Bidayuh.

Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran majlis tersebut, Hanifah telah menyumbang sebanyak RM20,000, sekali gus memperlihatkan komitmen beliau dalam memartabatkan warisan budaya tempatan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, jamuan dan kehadiran pemimpin-pemimpin tempatan serta komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum sekitar Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan