Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Majlis Sambutan Hari Penjara ke-235 di Padang Kota Lama, di sini, hari ini. Foto TVS

Enam penjara usang terdesak untuk dibaik pulih – Saifuddin

ByTVS

GEORGE TOWN, 17 Mei: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhasrat menambah baik enam daripada 43 buah penjara di Malaysia yang didapati terlalu usang bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada penghuni.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, terdapat keperluan terdesak untuk membina penjara baharu, terutamanya membabitkan Penjara Seremban di Negeri Sembilan; Taiping, Perak; Pengkalan Chepa, Kelantan; dan Penjara Pulau Pinang, namun terdapat kekangan dari segi kewangan.

“Ada penjara yang memang betul-betul usang dan perlu diberi perhatian.

“Misalnya, kemudahan tandas yang walaupun kecil bilangannya, tetapi masih ada tandas uzur yang dirasakan tidak manusiawi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-235 di Padang Kota Lama, di sini, hari ini.

Lafaz perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.

Sementara itu, Saifuddin berkata, kekangan utama yang dihadapi KDN adalah apabila perlu bersaing dengan kementerian lain untuk memperoleh peruntukan yang dibuat mengikut keutamaan oleh Kementerian Ekonomi.

“KDN akan turut menerokai kaedah lain dalam mencapai usaha itu, termasuk melalui kerjasama dengan pihak swasta seperti cadangan kaedah land swapping (pertukaran tanah).

“Saya yang mempengerusikan Jawatankuasa Penswastaan Projek KDN akan turut meneliti bagaimana penglibatan swasta dapat membangunkan tanah milik KDN yang diperuntukkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk pembinaan penjara baharu berdasarkan penilaian pembangunan tanah,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan