Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan selepas kenderaan Toyota Land Cruiser terbabas dan terjunam ke cerun setinggi 300 kaki berhampiran Tokong Puu Jih Shih, Sandakan. Foto JBPM

Dua cedera, Land Cruiser terjunam ke cerun

ByTVS

SANDAKAN, 17 Mei: Dua individu cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Land Cruiser yang mereka naiki terjunam ke cerun setinggi kira-kira 300 kaki berhampiran Tokong Puu Jih Shih di Jalan Cecily, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu, pemandu dipercayai hilang kawalan ketika cuba meletakkan kenderaan sebelum terbabas dan jatuh dari lereng bukit.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan sebelum diberikan rawatan awal dan dibawa naik ke kawasan selamat,” katanya.

Kedua-dua mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita dewasa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi yang melibatkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bersama sebuah jentera FRT dan EMRS itu tamat sepenuhnya pada jam 10.20 pagi selepas lokasi disahkan selamat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan