LAHAD DATU, 17 Mei: Penduduk Taman Seri Perdana di sini digemparkan dengan kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter yang muncul di hadapan pagar sebuah rumah dalam kejadian malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.04 malam sebelum sepasukan anggota tiba lima minit kemudian.
“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati terdapat seekor buaya berada di hadapan pagar rumah pemanggil. Pasukan bertindak menangkap buaya tersebut menggunakan peralatan khas,” katanya.
Operasi tamat pada jam 10.23 malam dan buaya berkenaan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.-TVS