Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maurrice Joannes Giri menerima cenderamata daripada Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Machan, Henry Jugah. Foto TVS

Bantu rakyat tanpa mengira latar belakang

KANOWIT, 17 Mei: Pemimpin tempatan terutama daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersedia membantu rakyat tanpa mengira latar belakang dan status bagi memastikan kebajikan semua lapisan masyarakat terpelihara.

Setiausaha Politik Premier Sarawak, Maurrice Joannes Giri berkata, pemimpin GPS di peringkat akar umbi sentiasa mendengar keluhan dan rintihan rakyat seterusnya berusaha menyampaikan perkara tersebut kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, pesanan itu turut ditekankan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa pertemuan bersama beliau baru-baru ini.

“Jika ada sebarang permintaan, penduduk boleh mengemukakan surat kepada Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kerana beliau merupakan Setiausaha Agung PBB dan pemimpin GPS yang menjaga kawasan dari Sibu hingga ke Hulu Batang Rajang.

“Tanggungjawab beliau bukan sahaja dalam parti PBB tetapi juga untuk seluruh komponen GPS di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada program Gawai Antu bagi memperingati mendiang Jugah Rayang dan mendiang Luga Sigah yang diadakan di Rumah Maling Nyapang, Sungai Maong, Jalan Kanowit-Durin, pada Sabtu.

Beliau turut berharap agar penduduk rumah panjang tersebut yang kebanyakannya ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terus bersatu padu dan teguh menyokong PBB serta GPS.

“Dalam dunia politik, turun naik adalah perkara biasa, namun sokongan yang padu daripada akar umbi adalah tunjang kepada kejayaan sesebuah parti,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan