Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas meninjau tapak gudang simen Innocement di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

ATR 32 bakal mendarat di Lapangan Terbang Tanjung Manis

BySheera Abg Mansor

TANJUNG MANIS, 17 Mei: Kerajaan Sarawak merancang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tanjung Manis bagi membolehkan pesawat bersaiz sederhana seperti ATR 32 mendarat dalam usaha menjadikan kawasan ini sebagai hab strategik untuk pelaburan industri hiliran, pelancongan dan pemulihan ekologi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan anggaran awal bagi projek naik taraf tersebut dan kajian terperinci akan dijalankan Kementerian Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar.

“Sebenarnya kita telah memberi peruntukan, hanya anggaran sahaja. Dan Datuk Len Talif Salleh akan membuat kajian bagaimana membesarkan landasan supaya pesawat ATR boleh mendarat.

“Waktu itu kita mungkin sudah mempunyai operasi syarikat Air Borneo kita sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau tapak gudang simen Innocement di sini, hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini hanya pesawat ringan seperti Twin Otter boleh mendarat di lapangan terbang berkenaan namun dengan potensi besar Tanjung Manis dari segi sumber asli, pelancongan, makanan laut dan industri biojisim, kemudahan tersebut perlu dipertingkat.

“Tarikan yang ada di Tanjung Manis berkisar kepada sumber asli terutama paya bakau serta hasil makanan laut,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Kerajaan Sarawak turut meningkatkan kemudahan infrastruktur di Tanjung Manis termasuk pembinaan padang golf, hotel dan membangunkan Skim Perumahan Khas (SPK) baharu untuk penduduk di Belawai, Jerijeh serta Kuala Rajang.

Mengenai tinjauannya di tapak gudang simen Innocement, Abang Johari memaklumkan syarikat itu mula mengimport bahan mentah simen dari Vietnam ke Tanjung Manis.

Katanya, syarikat itu juga dijangka membina kilang pengisaran simen (grinding plant) di kawasan tersebut yang bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memperkukuh peranan universiti tempatan dalam bidang berkaitan industri.

“Ini semua akan menyemarakkan pembangunan ekonomi di Tanjung Manis,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan