Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang melancarkan Program Arkib Komuniti 2025 yang berlangsung di Galeri Warisan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), di sini, hari ini. Foto TVS

Arkib Negara diseru turun padang, kumpul warisan komuniti

ByHafeezzur Muzamir

KLANG, 17 Mei: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang, menyeru agar Arkib Negara Malaysia memperluaskan pelaksanaan Program Arkib Komuniti dengan pendekatan lebih proaktif dan menyeluruh ke seluruh pelosok negara.

Dalam ucapan perasmian Majlis Pelancaran Program Arkib Komuniti 2025, Aaron menekankan pentingnya penglibatan terus antara Arkib Negara dan masyarakat umum dalam mengenal pasti serta mendokumentasi khazanah sejarah negara.

“Saya berharap Program Arkib Komuniti dapat disebarluaskan oleh Arkib Negara ke komuniti seluruh negara.

“Saya menyeru Arkib Negara untuk turun padang dan mendekati individu, keluarga, tokoh, pertubuhan, dan komuniti yang memiliki koleksi bernilai sejarah,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Arkib Komuniti 2025 yang berlangsung di Galeri Warisan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Aaron menyifatkan masih banyak sejarah tempatan yang belum didokumentasi secara rasmi, terutama kisah-kisah komuniti di kampung, pekan kecil mahupun kawasan bandar yang memainkan peranan penting dalam sejarah negara.

Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan penubuhan Arkib Komuniti di peringkat daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, serta pembangunan laman web khusus yang berfungsi sebagai ‘portal ke masa lalu’ bagi memudahkan akses dan sumbangan bahan sejarah oleh masyarakat.

Langkah ini, katanya, mampu membuka ruang kepada pelbagai lapisan rakyat untuk menjadi sebahagian daripada naratif sejarah negara.

“Komuniti bukan sahaja penerima perubahan, tetapi ejen aktif dalam membentuk budaya dan identiti Malaysia,” katanya.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil-wakil komuniti, sejarawan tempatan, dan tokoh budaya yang menyokong inisiatif ini sebagai cara berkesan mengekalkan warisan negara melalui suara rakyat sendiri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan