Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto MET Malaysia

Amaran hujan lebat, ribut petir di kebanyakan negeri hingga 9 malam ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Pulau Pinang, Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Amaran sama dikeluarkan bagi Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri serta Limbang manakala Sabah di Pedalaman, Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan