KUCHING, 17 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini menghadiri Majlis Persandingan Abang Lokman Abang Abdul Rahim dan Noor Intan Zanariah di Kuching.
Abang Lokman merupakan anak saudara kepada Abang Johari manakala Noor Intan atau Deq Nor adalah anggota kumpulan Feminin yang popular sekitar 90-an.
Majlis persandingan kedua mempelai berlangsung meriah dengan dihadiri ahli keluarga dan sahabat.
Turut hadir isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Feminin merupakan sebuah kumpulan pop wanita yang aktif di Malaysia.
Ditubuhkan pada 1992, kumpulan ini meraih kejayaan pada 1990-an dan mula dikenali dengan lagu dari album pertama mereka iaitu Untukmu.-TVS