Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika menyaksikan simbolik penyerahan tapak projek siap antara pihak kontraktor dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang diwakili oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Masyati Abang Ibrahim. Foto TVS

76 projek Kementerian Pendidikan di Sarawak

DEBAK, 17 Mei: Sebanyak 76 projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bernilai RM3.9 bilion yang diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dilaksanakan di Sarawak.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak 21 projek bernilai RM2.2 bilion kini sedang dalam fasa pra pembinaan, 30 projek (RM1.3 bilion) sedang dalam pembinaan dan 25 projek lagi yang bernilai RM345 juta siap.

“Terdapat 76 projek Kementerian Pendidikan di bawah seliaan JKR Malaysia dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM3.9 bilion di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas Majlis Penyerahan Projek Daif (2021) Pembinaan Gantian dan Tambahan Bangunan SMK Saribas Debak di Debak pada Sabtu.

Sementara itu menurutnya, pada masa ini tiada keperluan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua Pusingan-P sepanjang Lebuhraya Pan Borneo.

Tambahnya, pengguna jalan raya perlu patuh kepada undang-undang bagi mengelak kemalangan di Pusingan-P yang kerap berlaku akhir-akhir ini.

“Yang penting sebenarnya, pengguna jalan raya harus patuh kepada apa sahaja undang-undang berkaitan dengan jalan raya sama ada lebuh raya, jalan biasa dan sebagainya.

“Sebagai seorang pemandu yang ada lesen, kita mesti mengetahui apa yang patut kita buat dan apa yang tidak sepatutnya kita buat. Untuk memasang kamera litar tertutup itu bukanlah penting sangat kerana yang penting adalah kita sebagai pengguna jalan raya mesti mengetahui undang-undang jalan raya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan