Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seekor beruang madu yang sedang melalui proses pemulihan di BSBCC dalam kawasan perlindungan semula jadi. Foto TVS

16 Mei tarikh penting beruang terkecil di dunia

ByTVS

SANDAKAN, 17 Mei: Tanggal 16 Mei menjadi tarikh penting buat pencinta hidupan liar apabila sambutan Hari Beruang Madu Antarabangsa ke-9 diraikan di Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo (BSBCC), Sepilok.

Dengan tema tahun ini, ‘Pendidikan Konservasi: Menjambatani Manusia dan Hidupan Liar’, sambutan bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan melindungi spesies beruang terkecil di dunia itu yang kini diancam pemburuan dan perdagangan haram.

Pengasas dan CEO BSBCC, Dr. Wong Siew Te berkata, tarikh 16 Mei dipilih kerana ia amat signifikan dalam sejarah pemuliharaan beruang madu di Sabah.

“Pada tahun 2015, kita melepaskan beruang yang pertama selepas dipulihkan bernama Natalie di Tabin Wildlife Reserve. Maka 16 Mei menjadi sangat bermakna, melambangkan kejayaan dan harapan untuk selamatkan beruang madu di hutan kita,” katanya.

Seramai 50 pelajar dan guru dari lima sekolah sekitar Sandakan menyertai program interaktif seperti lawatan berpandu dan aktiviti pemerkayaan haiwan.

Mereka didedahkan secara langsung kepada isu kebajikan hidupan liar dan peranan manusia dalam memelihara ekosistem.

BSBCC kini menjadi rumah kepada 41 ekor beruang madu, majoritinya diselamatkan daripada pemeliharaan haram di seluruh Sabah.

Daripada 70 ekor yang diterima sejak 2008, sebanyak 13 ekor berjaya dipulihkan dan dilepaskan semula ke hutan.

“Tahun ini kita pilih tema ‘Pendidikan Konservasi: Menjambatani Manusia dan Hidupan Liar’. Pendidikan sangat penting—cikgu memainkan peranan besar dalam menyampaikan pengetahuan tentang hutan dan kehidupan liar kepada pelajar,” ujarnya.

Antara pengunjung yang hadir ialah Fatin Najihah, 27, seorang pensyarah dari Sarawak yang kini bertugas di Keningau, Sabah.

“Ini kali pertama saya bawa anak dan suami ke sini. Tempat seperti ini tak banyak di tempat lain termasuk di Sarawak. Saya rasa pelajar-pelajar saya juga patut datang untuk tengok sendiri haiwan-haiwan yang mereka belum pernah lihat,” jelasnya.

Jabatan Hidupan Liar Sabah turut mengucapkan tahniah atas usaha berterusan BSBCC dalam memperkukuh kesedaran konservasi. Perlindungan beruang madu memerlukan kerjasama semua pihak dan tanggungjawab bersama.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found