Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa, Amal Nurlidar Ghazali, 42, yang bertugas di Penjara Dusun Datuk Murad, Ayer Keroh meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kaki, anggota badan dan muka. Foto hiasan Envato

Warden penjara maut dirempuh lori simen

ByBernama

MELAKA, 16 Mei: Seorang warden penjara berpangkat sarjan maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah lori simen di persimpangan lampu isyarat di Sungai Udang di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian 5.50 petang itu, mangsa Amal Nurlidar Ghazali, 42, yang bertugas di Penjara Dusun Datuk Murad, Ayer Keroh meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kaki, anggota badan dan muka.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lori simen yang dalam perjalanan dari Bukit Rambai menuju Masjid Tanah itu mengalami masalah brek.

“Semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz sedang berhenti di lampu isyarat.

Sebuah lori simen dipandu lelaki berusia 49 tahun datang dari arah sama yang dipercayai mengalami masalah brek cuba mengelak ke bahu jalan namun tetap merempuh motosikal mangsa dan menggilis mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala pemandu lori ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Lori simen dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi pemeriksaan kerosakan manakala ujian saringan air kencing terhadap pemandu didapati negatif dada,” katanya sambil menambah permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan