Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zon Tengah yang merangkumi Cawangan Sarikei, SP Stapang dan Mukah melaksanakan Latihan dan Ujian Kemahiran Menembak Siri 1/2025 yang berlangsung di Lapang Sasar PDRM Sibu. Foto JPJ Sarawak

Tingkat kecekapan anggota JPJ

SIBU, 16 Mei: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zon Tengah yang merangkumi Cawangan Sarikei, SP Stapang dan Mukah melaksanakan Latihan dan Ujian Kemahiran Menembak Siri 1/2025 yang berlangsung di Lapang Sasar PDRM Sibu selama dua hari dari 14 hingga 15 Mei.

JPJ Sarawak dalam kenyataan menyatakan, program tersebut diadakan sebagai salah satu inisiatif jabatan dalam memperkukuhkan tahap kompetensi dan kecekapan anggota penguat kuasa dalam aspek pengendalian senjata api serta keselamatan operasi lapangan.

“Program selama dua hari ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran pengendalian senjata api dalam kalangan anggota penguat kuasa JPJ selaras dengan keperluan tugas operasi lapangan yang menuntut ketangkasan, disiplin, serta pematuhan kepada prosedur keselamatan ketat.

“Ia mencerminkan kesungguhan JPJ dalam memastikan setiap anggota berada dalam kesiapsiagaan tinggi khususnya apabila melibatkan operasi yang memerlukan ketangkasan dan tahap disiplin tinggi,” menurut kenyataan tersebut.

Program tersebut turut mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sarawak, Nor Azlan Ibrahim dan Ketua Cawangan JPJ Sibu, Nurul Fairezzah Safri.

Kehadiran mereka turut melambangkan komitmen pihak pengurusan tertinggi dalam memastikan latihan tersebut sentiasa diberikan keutamaan sebagai sebahagian daripada pembangunan profesionalisme anggota.

Latihan tersebut bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan kompetensi anggota malah mengeratkan kerjasama antara cawangan JPJ Zon Tengah dalam suasana kerja berpasukan harmoni dan berdisiplin.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan