Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghuni di tiga rumah di Kampung Stesen, di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi. Foto fail JBPM

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Nibong Tebal

ByBernama

NIBONG TEBAL, 16 Mei: Penghuni di tiga rumah di Kampung Stesen, di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.27 malam sebelum jentera bomba digegaskan ke lokasi.

“Ketika pihak bomba tiba, api sedang marak di sebuah rumah berkeluasan 1,200 kaki persegi. Kebakaran kemudian merebak ke dua rumah yang terletak bersebelahan.

“Kebakaran dapat dikawal pada 11.46 malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira sejam kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman melibatkan lebih 50 pegawai dan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal serta Sungai Bakap dibantu lapan Pasukan Bomba Sukarela berhampiran.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran, katanya sedang disiasat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan