Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 Tahun 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto: TVS

Stabilkan sistem pendidikan, bukan ikut arus politik

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Mei: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan agar sistem pendidikan negara dikekalkan stabil supaya tidak diubah secara drastik setiap kali berlaku pertukaran menteri atau kerajaan.

Menurut beliau, perubahan yang terlalu kerap seperti silibus, kaedah pengajaran dan sistem peperiksaan boleh memberi kesan negatif kepada guru dan pelajar yang terpaksa menyesuaikan diri berulang kali.

“Jangan setiap lima tahun, hanya kerana pilihan raya umum, menteri bertukar lalu sistem juga bertukar, silibus berubah dan kaedah pengajaran dihentikan. Jangan begitu.

“Sebab itu saya katakan, guru-guru dan para pelajar tidak sepatutnya menjadi bahan uji kaji. Sistem pendidikan seharusnya berjalan sekurang-kurangnya selama 50 tahun. Itu maksud saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 Tahun 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menasihati kementerian dan agensi berkaitan supaya memberi tumpuan kepada penambahbaikan berterusan, bukannya membuat perubahan besar yang boleh mengelirukan dan tidak berkesinambungan.

“Kalau mahu tukar, tukarlah, tetapi kalau boleh, kekalkan apa yang ada ini dan tambah baik lagi untuk dua atau tiga penggal akan datang.

“Saya juga berpendapat, jangan wujudkan legasi semata-mata untuk kepentingan peribadi sehingga guru-guru menjadi mangsa, apatah lagi pelajar dan murid-murid,” tegas beliau.

Jelasnya, ia selari dengan pandangan pelbagai pihak yang mahukan dasar pendidikan berteraskan pelan jangka panjang yang konsisten, demi kebaikan generasi masa depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan