Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak 2 Mac, Israel menutup pintu sempadan Gaza kepada makanan, bekalan perubatan dan bantuan kemanusiaan, memburukkan krisis kemanusiaan yang semakin kritikal, menurut kumpulan hak asasi dan agensi antarabangsa. Foto fail AFP

Serangan Israel hentikan operasi hospital rawatan kanser Gaza – Doktor Tanpa Sempadan

ByBernama

LONDON, 16 Mei: Hospital Eropah Gaza, kemudahan terakhir yang menyediakan rawatan kanser di Semenanjung Gaza, kini tidak beroperasi selepas serangan Israel, menurut badan amal perubatan antarabangsa Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan, MSF berkata hospital yang terletak di Khan Younis itu terpaksa menghentikan operasi selepas dibedil pada 13 Mei.

“Ia merupakan satu daripada talian hayat terakhir dalam sistem penjagaan kesihatan Gaza yang musnah teruk,” tulis MSF di platform X, sambil menyatakan bahawa Hospital Nasser yang disokong MSF kini satu-satunya hospital awam yang berfungsi di Khan Younis, selatan Gaza.

MSF memaklumkan Hospital Nasser turut terkena serangan pada hari yang sama, beberapa jam sebelum hospital Eropah itu – bagi kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan.

“Serangan berulang ke atas fasiliti kesihatan jelas menunjukkan pihak berkuasa Israel menjadikan Semenanjung Gaza tidak selamat untuk didiami,” amaran MSF.

Sejak 2 Mac, Israel menutup pintu sempadan Gaza kepada makanan, bekalan perubatan dan bantuan kemanusiaan, memburukkan krisis kemanusiaan yang semakin kritikal, menurut kumpulan hak asasi dan agensi antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan