Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Program Jelajah Malaysia Digital @ Kuching di Tegas Digital Village di Kuching, hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Sarawak setuju anjur festival filem animasi antarabangsa

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Mei: Kerajaan Sarawak menyatakan persetujuan terhadap cadangan Kementerian Digital untuk menganjurkan festival filem animasi antarabangsa di negeri itu menerusi kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata acara yang dicadang untuk dimulakan oleh kementerian itu sebaik-baiknya dilaksana pada tahun depan.

“Saya terima pelawaan daripada Menteri Digital Gobin Singh Deo untuk Sarawak menjadi tuan rumah kepada satu acara global yang menjemput semua pemain industri seluruh dunia.

“Kita bekerjasama dari segi sumbangan dana. Kemudian, kita jemput semua pemain industri dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan dan produk-produk mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Malaysia Digital@Kuching di Tegas Digital Village di sini, hari ini.

Pada masa sama, Abang Johari berkata acara berkenaan dijangka berupaya membina rangkaian global antara Sarawak khasnya dan Malaysia amnya bersama negara-negara luar.

Gobind Singh Deo

Sementara itu, Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika ditemui menzahirkan rasa gembira apabila Premier Sarawak setuju dengan cadangan tersebut.

Katanya acara global berkenaan yang dijangka berlangsung awal tahun depan akan menarik minat ramai pemain industri global termasuk animasi dan permainan.

“Sudah tentu dengan kehadiran mereka ke Sarawak, kita akan melihat kemungkinan dan peluang untuk kita bekerjasama dengan pemain-pemain global dan membawa produk kita ke peringkat global.

Sebenarnya kalau kita pergi ke mana-mana acara global negara lain, kita lihat ramai rakyat Malaysia menyertai acara berkenaan dengan produk-produk mereka.

“Banyak animasi dan permainan hasil ciptaan rakyat Malaysia yang sudah menerima pengiktirafan global,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan