Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari dan Gobind Singh Deo pada pelancaran Program Jelajah Malaysia Digital @ Kuching di Tegas Digital Village di Kuching, hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Sarawak rujukan pembangunan ekonomi kandungan digital

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Mei: Sarawak terus memainkan peranan signifikan dan strategik dalam memacu pembangunan ekonomi kandungan digital negara, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Menurutnya, Sarawak wajar dijadikan rujukan kepada negeri-negeri lain memandangkan negeri itu telah membuktikan komitmen serta keupayaan dalam membangunkan ekosistem digital yang mampan.

“Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah memberi panduan kepada saya apabila kementerian ini ditubuhkan, di mana aspek yang perlu diberi fokus adalah bagaimana untuk membawa bakat sedia ada dalam negara ini ke peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Malaysia Digital@Kuching di Tegas Digital Village di sini, hari ini.

Gobind turut berkongsi pengalamannya menghadiri Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy di Perancis tahun lalu, yang menurutnya menjadi platform utama menarik pelabur luar negara dalam bidang animasi.

Menurutnya, bakat-bakat daripada seluruh dunia hadir di festival berkenaan menunjukkan produk-produk mereka. Dalam masa sama mereka dapat menarik perhatian pelabur-pelabur yang berminat dalam bidang ini, serta keputusan-keputusan dibuat untuk membuat pelaburan dalam industri berkenaan.

“Saya rasa Malaysia boleh menjadi tumpuan global sebagai satu destinasi pelaburan industri kreatif. Ini sangat penting untuk kita memastikan bahawa bakat-bakat yang kita lihat hari ini bukan sahaja berjaya di Malaysia tetapi menjadi peneraju di peringkat global,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan