Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pada sidang media Penghargaan Rakan Penaja RWMF 2025 di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

RWMF perkasa pelancongan lestari

KUCHING, 16 Mei: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 berperanan dalam memperkasa pelancongan lestari dan memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selain mengetengahkan adat dan budaya masyarakat majmuk di Sarawak, penganjuran RWMF edisi ke-28 merupakan platform dalam melaksanakan komitmen ke arah inisiatif pelancongan bertanggungjawab yang dipikul bersama semua pihak termasu rakan penaja.

“Pengisian RWMF yang kita sediakan bukan sekadar menyediakan hiburan kepada pencinta dan peminat muzik tetapi pada masa sama kami juga mahu memastikan temasya muzik ini digunakan sebagai wadah untuk menyokong pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar termasuk hutan dan kawasan paya bakau.

“Ramai yang tidak mengetahui bahawa apabila mereka membeli tiket untuk masuk ke RWMF, sebahagian daripada hasil jualan tiket tersebut sebenarnya disalurkan untuk usaha penghijauan semula dan penanaman pokok bakau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penghargaan Rakan Penaja RWMF 2025 di Kuching pada Jumaat.

Menariknya, RWMF 2025 kali ini turut dihadiri belia yang terlibat dalam Persidangan Hutan Hujan Belia (RAYS) 2025 yang bakal berlangsung bermula 18 hingga 20 Jun ini.

Karim menjelaskan, peserta persidangan itu nanti berpeluang menyaksikan RWMF 2025 pada hari pertama dan ini amat signifikan dengan intipati sebenar penganjuran temasya muzik dunia.

RWMF terus tampilkan magis

“Ini kerana ia bukan sekadar acara hiburan malah platform yang dapat digunakan untuk mendidik belia mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar khususnya hutan hujan dalam kalangan belia Sarawak serta negara serantau ASEAN,” ujarnya.

Kelestarian alam menjadi antara agenda penting wilayah ini dan penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia 2025 jelas menggabungkan elemen kelestarian alam dalam seni persembahan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan