Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Proses semakan dokumen bagi permohonan Lesen Kebangsaan untuk menyertai saingan Liga Super musim 2025–2026 masih diteruskan oleh badan bebas, First Instance Body (FIB). Foto Malaysian Football League (FB)

Permohonan Lesen Kebangsaan 2025-2026 masih dinilai

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Proses semakan dokumen bagi permohonan Lesen Kebangsaan untuk menyertai saingan Liga Super musim 2025–2026 masih diteruskan oleh badan bebas, First Instance Body (FIB).

Pengerusi FIB Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, berkata pihaknya kini meneliti lebih 387 dokumen dan entri yang dimuat naik setiap kelab Liga Super menerusi Sistem Pelesenan Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC CLAS).

Katanya FIB turut meneliti 98 dokumen dan entri yang dikemukakan kelab Liga A1 Semi-Pro sebelum tarikh tutup pada 10 Mei lepas.

“Kesemua dokumen ini meliputi enam kriteria utama iaitu kewangan, perniagaan, kakitangan dan pentadbiran, perundangan, sukan serta infrastruktur.

“Proses semakan masih berjalan dan kami memerlukan sedikit masa lagi bagi memastikan setiap dokumen diteliti secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keputusan rasmi berhubung permohonan Lesen Kebangsaan 2025–2026 akan diumumkan sebaik proses semakan selesai sepenuhnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan