Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari. Foto AFP

Perjuangan Sivasangari terhenti di Chicago

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Perjuangan pemain skuasy wanita negara S Sivasangari di Kejohanan Dunia 2024-2025 terhenti selepas tewas 1-3 kepada wakil tuan rumah Olivia Weaver dalam saingan suku akhir di Chicago, Amerika Syarikat.

Dalam pertembungan berlangsung selama 41 minit di Lakeshore Sport & Fitness itu, Weaver yang diletakkan selaku pilihan keempat itu telah mempamerkan aksi cemerlang untuk mengetepikan Sivasangari 11-3, 8-11, 11-4, 11-5 sekali gus melangkah ke separuh akhir.

Weaver dijadualkan berdepan juara dunia tujuh kali Nour El Sherbini dari Mesir pada separuh akhir.

Kekalahan pemain berusia 26 tahun menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan berkenaan selepas pemain lelaki Ng Eain Yow turut terkandas pada pusingan ketiga, 13 Mei lepas.

Eain Yow tewas 0-3 kepada pemain nombor satu dunia Mostafa Asal dari Mesir dengan 4-11, 6-11, 7-11. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan