Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi R&B Chris Brown didakwa atas pertuduhan mencederakan dengan niat berhubung serangan dengan botol yang didakwa berlaku di sebuah kelab malam di London dua tahun lalu, lapor PA Media/dpa. Foto AFP

Penyanyi Chris Brown didakwa atas “serangan dengan botol” di kelab malam London

ByBernama

LONDON, 16 Mei: Penyanyi R&B Chris Brown didakwa atas pertuduhan mencederakan dengan niat berhubung serangan dengan botol yang didakwa berlaku di sebuah kelab malam di London dua tahun lalu, lapor PA Media/dpa.

Penyanyi Amerika Syarikat itu ditahan di sebuah hotel di Manchester pada awal pagi Khamis oleh pegawai penyiasat Polis Metropolitan.

Brown didakwa pada petang Khamis dan masih berada dalam tahanan polis.

Dia dijadual hadir di Mahkamah Majistret Manchester pada pagi Jumaat.

Kejadian serangan dengan botol didakwa berlaku di sebuah kelab malam di Mayfair, tengah London, pada Februari 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan