Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Vendor Sarawak Energy (SEVEA) di sini, hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Penduduk setuju empangan melata pertama dibina di Sungai Gaat, Kapit

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 Mei: Penduduk di kawasan Sungai Gaat di Kapit telah memberi persetujuan terhadap cadangan pembinaan empangan melata (cascading dam) pertama di Sarawak, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata persetujuan tersebut dimaklumkan secara rasmi melalui sepucuk surat yang diterima daripada komuniti tempatan sekali gus membuka jalan kepada pelaksanaan projek tenaga boleh diperbaharui itu.

“Saya telah menerima surat daripada penduduk di Sungai Gaat yang bersetuju agar kita melaksanakan projek empangan melata di kawasan tersebut. Ini akan menjadi empangan melata pertama yang kita bina,” kata beliau.

Menurut beliau, perkara itu telah dimaklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB), Datuk Sharbini Suhaili, serta pengurusan tertinggi syarikat berkenaan.

“Kerajaan kini sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi memulakan projek tersebut,” kata beloau ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Vendor Sarawak Energy (SEVEA) di sini, malam ini.

Abang Johari menambah pelaksanaan empangan melata ini memerlukan pembangunan mekanisme pam hidro (pump hydro mechanism) bagi meningkatkan keupayaan bekalan tenaga.

Dalam masa sama, Abang Johari turut mencadangkan agar pihak SEB melaksanakan kajian teknikal yang mendalam dan mempertimbangkan untuk menstrukturkan semula organisasinya.

“Perkara ini saya serahkan kepada Lembaga Pengarah SEB untuk diteliti, dan saya berharap satu kertas cadangan dapat dikemukakan kepada saya selewat-lewatnya pada akhir tahun ini,” katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros) Dato Ibrahim Baki dan tetamu kehormat yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan