Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu lagi nyawa terkorban di Gunung Everest musim ini apabila seorang pendaki warga India meninggal dunia ketika menuruni puncak. Foto Envato

Pendaki kedua warga India maut di Gunung Everest pada musim ini

ByBernama

ANKARA, 16 Mei: Satu lagi nyawa terkorban di Gunung Everest musim ini apabila seorang pendaki warga India meninggal dunia ketika menuruni puncak, kata pengendali ekspedisi pada Jumaat, memetik laporan media tempatan oleh Anadolu Ajansi.

Bodhraj Bhandari, Pengarah Urusan Snowy Horizon Treks, berkata Subrata Ghosh, 45, dari Bengal Barat, India, meninggal dunia pada Khamis tepat di bawah Hillary Step, berhampiran puncak Everest, menurut laporan The Himalayan Times.

Ghosh berjaya mencecah puncak bersama pemandunya tetapi menjadi amat letih dan menunjukkan tanda-tanda penyakit altitud sepanjang menuruni puncak.

Usaha sedang dijalankan untuk membawa mayatnya ke Everest Base Camp.

Beliau adalah sebahagian daripada Ekspedisi Snowy Everest 2025 anjuran Persatuan Pendaki Gunung Krishnanagar.

Sebelum ini pada Khamis, seorang pendaki warga Filipina turut maut ketika cuba menawan puncak Everest. Philipp Santiago, 45, tiba di Kem IV dalam keadaan keletihan teruk pada Rabu dan kemudian meninggal dunia akibat kepenatan. Mayatnya ditemukan di situ. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan