Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah. Foto Bernama

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka Thailand

ByBernama

BANGKOK, 16 Mei: Hanya 34 minit diperlukan gandingan Pearly Tan-M Thinaah sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir, selepas mengetepikan wakil China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge pada Terbuka Thailand hari ini.

Pada aksi suku akhir di Stadium Nimibutr di sini, pasangan di ranking keempat dunia itu menewaskan Chen-Wang 21-14, 21-11 untuk menempah pertemuan dengan Rui Hirokami-Sayaka Hobara dari Jepun di separuh akhir, esok.

Terdahulu, pasangan Jepun itu menewaskan Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose dari Indonesia 21-9, 21-16.

Sementara itu, Thinaah berkata semalam, satu perbincangan secara mendalam telah diadakan bersama jurulatih mengenai persiapan menghadapi perlawanan hari ini.

“Kami gembira kerana rancangan kami berjalan lancar…dan ya, keyakinan sentiasa ada bahawa kami boleh melangkah jauh untuk memenangi kejohanan ini,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan hari ini.

Untuk aksi separuh akhir esok, Pearly berkata mereka lebih memberikan tumpuan untuk memperbaiki corak permainan berbanding membuat persiapan khusus menghadapi lawan mereka.

“Kami mahu mengekalkan momentum positif ini dan berbincang dengan jurulatih untuk bersiap sedia bagi perlawanan seterusnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan