Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 53,000 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Foto fail AFP

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel

ByBernama

ANKARA, 16 Mei: Kira-kira 90 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan secara paksa akibat serangan Israel yang berterusan ke atas wilayah itu, kata Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Rakyat Palestin pada Khamis memperingati ulang tahun ke-77 pengusiran mereka dari bandar-bandar di Palestin susulan penubuhan Israel.

“Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dari bandar dan kampung mereka. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakba,” kata UNRWA dalam satu kenyataan.

“Tujuh puluh tujuh tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.”

Agensi pelarian itu berkata konflik berkenaan telah menyebabkan 90 peratus penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

“Sebahagian daripada mereka telah diusir sebanyak 10 kali atau lebih.”

Sejak Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 53,000 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan