Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
NRES telah dianugerahkan Sijil Penghargaan atas kejayaan melaksanakan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), yang diadakan bersempena Majlis Penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024. Foto nresmalaysia (Instagram)

NRES terima anugerah projek RKB, percepat kelulusan lesen mineral

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Mei: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berjaya mempercepat proses kelulusan Lesen Mineral (Tanpa Premis Penyimpanan) dari 61 hari kepada hanya tujuh hari menerusi projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB).

NRES dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan reformasi itu mampu mengurangkan kos pematuhan syarikat pedagang mineral hingga 20 peratus, sekali gus meningkatkan perdagangan dalam dan luar negara serta menjana hasil kerajaan yang dianggarkan RM1.3 juta setahun.

“Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan NRES bagi menyokong kelancaran operasi industri dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam,” menurut kenyataan itu.

Sebagai pengiktirafan atas kejayaan itu, JMG menerima sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kepada Ketua Setiausaha NRES Datuk Dr Ching Thoo a/l Kim pada 10 April lepas.

Projek RKB itu merupakan inisiatif di bawah Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan oleh KSN, bertujuan mempercepat pelaksanaan peraturan serta mengurangkan kos pematuhan kepada perniagaan dan rakyat.

Langkah itu juga sejajar dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024-2030 dan hasrat Malaysia MADANI untuk meningkatkan kecekapan kerajaan, produktiviti serta kesejahteraan rakyat.

Ia turut mempercepat urusan pentadbiran, memperkukuh daya saing industri dan menyokong eksport mineral secara mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan