Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet. Foto AFP

Manet arah polis Kemboja siap sedia hadapi jenayah rentas sempadan

ByBernama

PHNOM PENH, 16 Mei: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menggesa polis negara itu agar sentiasa berwaspada dalam menghadapi jenayah rentas sempadan yang semakin meningkat, ekoran peningkatan penipuan dalam talian yang semakin mengancam rantau itu.

Dalam kenyataan sempena ulang tahun ke-80 penubuhan Polis Nasional Kemboja, Manet memaklumkan bahawa kerumitan dan ketidakpastian dunia yang kian meningkat mungkin menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan awam kerajaan Kemboja.

“Bersiap sedia dan berwaspada untuk menangani ancaman baharu, termasuk jenayah rentas sempadan, siber dan terancang. Pastikan Polis Nasional terus menjalankan tugas dengan profesionalisme, kecekapan dan integriti,” katanya.

Pasukan polis negara itu ditubuhkan pada 16 Mei 1945.

Manet merasmikan upacara sempena sambutan yang diadakan di Akademi Polis Kemboja, daerah Kean Svay, wilayah Kandal, kira-kira 11 kilometer dari Phnom Penh.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Sar Sokha berkata polis negara memainkan peranan penting dalam mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam di Kemboja.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran – daripada ketidakstabilan politik dan kekurangan dalam undang-undang pengurusan sosial hingga faktor luaran dan dalaman – Polis Nasional terus tabah. Ia sentiasa melaksanakan tugas dengan profesionalisme, tanggungjawab dan integriti,” ujarnya.

Sempena sambutan itu, Kemboja dan negara jiran Laos berikrar untuk terus bekerjasama mencegah penyeludupan manusia dan dadah di sempadan serta menjaga keselamatan awam.

Perbincangan berkaitan keselamatan turut diadakan antara Sar Sokha dan rakan sejawatnya dari Laos, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Awam Mejar Jeneral Kolonel Vilay Lakhamfong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan