Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Susulan peningkatan bilangan kematian, kerajaan Nepal kini mempertimbangkan peraturan lebih ketat bagi ekspedisi ke Everest, termasuk yuran permit lebih tinggi dan syarat pengalaman wajib. Foto fail AFP

Lelaki warga Filipina maut ketika daki Gunung Everest

ByBernama

ISTANBUL, 16 Mei: Seorang pendaki warga Filipina maut ketika cuba menawan puncak Gunung Everest, menurut kenyataan Jabatan Pelancongan Nepal pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut akhbar tempatan Kathmandu Post, Philipp Santiago, 45, tiba di Kem IV pada kira-kira 8 malam waktu tempatan (1415 GMT) pada Rabu dalam keadaan amat letih, namun kemudian meninggal dunia akibat kepenatan. Mayatnya ditemukan di situ.

Jabatan tersebut memaklumkan bahawa mayat Santiago terpaksa dibiarkan di Kem IV yang terletak pada ketinggian 7,900 meter (25,919 kaki), berikutan keadaan ekstrem dan cabaran logistik operasi pemulihan.

Lebih 300 kematian telah dilaporkan di wilayah Everest sejak rekod pendakian bermula lebih seabad lalu.

Susulan peningkatan bilangan kematian, kerajaan Nepal kini mempertimbangkan peraturan lebih ketat bagi ekspedisi ke Everest, termasuk yuran permit lebih tinggi dan syarat pengalaman wajib.

Pada 18 April, kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Pelancongan Bersepadu di dewan atas parlimen yang mewajibkan pendaki terlebih dahulu menawan gunung melebihi 7,000 meter (22,965 kaki) sebelum mencuba pendakian ke Everest. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan