Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto TVS

Latihan guru di luar negara tingkat kualiti pendidikan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Mei: Pelaburan dalam latihan guru ke luar negara merupakan salah satu kunci kepada peningkatan mutu pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) menghantar 32 guru ke United Kingdom (UK) sebagai langkah permulaan yang sangat baik untuk memperkasa ilmu dan keterbukaan minda tenaga pengajar di negara ini.

“Pada hemat saya, ini merupakan satu langkah permulaan yang baik dan tentunya kita mengalu-alukan jika jumlah itu ditambah kepada jumlah lebih besar.

“Cuma kita tahu bahawa kita mempunyai kekangan kewangan, tetapi demi guru-guru, bagi memberikan motivasi dan pengiktirafan kepada mereka, saya akan berbincang dengan Menteri Pendidikan sendiri untuk mendapatkan peruntukan tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 Tahun 2025 yang bertemakan “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Menurutnya, KPM juga digalakkan supaya terus memperluaskan peluang latihan dan pembangunan profesionalisme guru ke luar negara demi memastikan tenaga pengajar sentiasa berada di tahap terbaik.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam ucapannya berkata, seramai 32 guru dalam kalangan penerima Anugerah IKON, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Anugerah Guru Berwibawa sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bakal menjalani pengalaman di sekolah antarabangsa di United Kingdom secara percuma menerusi Program Global Immersion for Future Ready Teachers (GIFT). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan