Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesta Pantun HAWANA–DBP 2025 yang merupakan antara acara istimewa bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

Lapan pasukan sahkan penyertaan Pesta Pantun HAWANA-DBP 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Lapan pasukan daripada pelbagai agensi kerajaan dan organisasi media mengesahkan penyertaan pada Pesta Pantun HAWANA-DBP 2025 yang diadakan pada 31 Mei ini, sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

Pengarah Projek Pesta Pantun HAWANA-DBP 2025 Nor Hayati Yaakub berkata lapan pasukan itu terdiri daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Astro News Radio, Malaysia Gazette, Sinar Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dua pasukan mewakili Media Prima Berhad.

“Setiap pasukan dianggotai empat pemantun dengan jumlah keseluruhan peserta 32 orang,” katanya yang juga Penerbit Bernama Radio di sini hari ini.

Pesta Pantun HAWANA-DBP 2025 anjuran Bernama dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diadakan buat julung kalinya sebagai usaha mengangkat seni pantun sebagai warisan bangsa yang wajar dipelihara dan dimartabatkan.

Pertandingan itu akan diadakan di Wisma Bernama.

Penyampaian hadiah kepada pemenang utama diadakan pada 14 Jun ini sempena sambutan kemuncak HAWANA 2025 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

HAWANA yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas penganjuran pertama pada 2018 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan