Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Digital Malaysia YB Gobind Singh Deo melawat pejabat SAINS di Kota Samarahan. Foto TVS

Kerajaan Persekutuan sasar wujud kerangka digital nasional

KOTA SAMARAHAN, 16 Mei: Kerajaan Persekutuan menyasarkan untuk mewujudkan satu kerangka digital nasional yang menyeluruh agar setiap negeri mempunyai keupayaan untuk berkongsi data secara selamat dan berkesan bersama agensi-agensi kerajaan.

Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo berkata, usaha itu penting dalam mempercepatkan agenda transformasi digital negara menerusi pelaksanaan perkhidmatan awam berasaskan teknologi secara lebih menyeluruh.

Katanya, undang-undang pengkongsian data telahpun diluluskan di peringkat persekutuan pada April lalu, namun negeri-negeri turut digalakkan mewujudkan akta sama bagi membolehkan penyelarasan dan keselamatan data dilaksanakan secara bersama.

“Dalam bulan Disember saya telah pun membentangkan Rang undang-undang pengkongsian data di Parlimen yang telah pun diluluskan dan dikuatkuasakan dalam bulan empat tahun ini, tapi itu hanya setakat data di antara Kerajaan Pusat kita perlukan juga inisiatif yang sama sekiranya boleh di setiap negeri dan kalau ada undang-undang sebegini rupa di peringkat negeri dan juga Kerajaan Tempatan.

” Maka daripada situ kita dapat lihat bagaimana bergerak ke depan kita boleh juga mengalakkan pengkongsian data di antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas lawatan rasmi ke Ibu Pejabat SAINS di Kota Samarahan petang tadi.

Gobind berkata, kerajaan persekutuan turut meyedari potensi mewujudkan satu platform digital bersama antara semua negeri agar perkhidmatan yang telah didigitalkan tidak perlu dibangunkan semula secara berasingan.

Selain Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor juga telah menyatakan persetujuan secara prinsip terhadap cadangan itu, manakala negeri lain akan turut dikunjungi dalam siri lawatan seterusnya.

Lawatan itu sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pendigitalan sektor awam secara menyeluruh menjelang pembentukan Malaysia Digital. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan