Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pertahanan Jepun digesa tubuh pejabat khas tangani UFO, fenomena aneh. Foto hiasan Envato

Kementerian Pertahanan Jepun digesa tubuh pejabat khas tangani UFO, fenomena aneh

ByBernama

TOKYO, 16 Mei: Kementerian Pertahanan Jepun digesa untuk menubuhkan sebuah pejabat khas yang bertanggungjawab menangani UFO pada satu mesyuarat dengan kumpulan ahli parlimen pelbagai parti pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.

Kumpulan itu, yang dipengerusikan oleh bekas Menteri Pertahanan Yasukazu Hamada daripada Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah, menyerahkan cadangan kepada ketua pertahanan semasa, dengan menyifatkan penampakan sedemikian – yang secara rasmi dirujuk sebagai fenomena anomali tidak dikenali (UAP) – sebagai kebimbangan keselamatan negara yang realistik dan serius.

“Negara kita ketinggalan dalam memberi respons terhadap UAP, sedangkan memastikan keselamatan ruang udara dan perairan wilayah adalah perkara mendesak,” kata kumpulan itu, yang mencadangkan penubuhan versi Jepun bagi Pejabat Penyelesaian Anomali Semua Domain Amerika Syarikat.

Pejabat Pentagon itu ditubuhkan pada 2022 bagi menerajui usaha AS menangani UAP melalui rangka kerja saintifik yang ketat dan pendekatan dipacu data.

Para penggubal undang-undang turut mencadangkan agar pejabat baharu itu melaporkan perkembangan siasatan UAP secara berkala kepada parlimen dan mendedahkan maklumat kepada orang ramai, selain menjalankan analisis saintifik terhadap data yang dikumpul serta mengenal pasti potensi ancaman.

Menteri Pertahanan Jepun Gen Nakatani berkata:“Kami akan berusaha untuk memenuhi harapan” kumpulan itu, yang ditubuhkan tahun lepas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan