Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bergambar bersama-sama tetamu lain selepas melawat Pejabat GKCDA

GKCDA perkasa pembangunan sebahagian Kuching dan Serian

ByMahathir Haroun

KUCHING, 16 Mei: Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dilihat mempunyai keupayaan untuk memajukan kawasan di bawah kendaliannya dengan rancangan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, tumpuan GKCDA adalah untuk memacu agenda pembangunan melibatkan pertanian dan utiliti.

“Kita dapat dilihat GKCDA menyelaras pertumbuhan ekonomi menerusi jalinan hubungan dengan pemegang taruh bagi mengoptimumkan sumber dan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke Pejabat GKCDA di sini, hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, kebanyakan tumpuan GKCDA membabitkan pembangunan infrastruktur, utiliti dan komunikasi.

“Selain itu, GKCDA turut memfokuskan kepada pembangunan pertanian, ekonomi bukan pertanian dan sosial,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, setiap Agensi Pembangunan Wilayah (RDA) mempunyai peranan besar untuk memastikan pembangunan di Sarawak seragam terutama di kawasan luar bandar.

Tambahnya, kesemua sembilan RDA perlu memastikan setiap projek pembangunan dirancang berjalan lancar bagi memberi manfaat kepada rakyat.

“Dahulu fokus pembangunan mungkin di kawasan bandar namun sekarang tumpuan turut diberikan di luar bandar.

“Ini adalah peranan RDA untuk memastikan setiap pembangunan seragam dan berjalan lancar terutama di luar bandar,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan