Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba memeriksa enjin Toyota Vios yang remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan dengan Proton Saga di Jalan Petronas Kimanis awal pagi tadi. Foto JBPM

Dua lelaki cedera ringan dalam kemalangan dua kereta

ByTVS

KIMANIS, 16 Mei: Dua lelaki cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Petronas Kimanis awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, insiden yang berlaku sekitar jam 5.53 pagi itu membabitkan sebuah Toyota Vios dan Proton Saga.

Kedua-dua pemandu yang masing-masing berusia 51 dan 35 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kimanis yang menerima panggilan kecemasan tiba di lokasi dalam masa enam minit dan seterusnya menjalankan pemeriksaan keselamatan serta memberikan rawatan awal kepada mangsa.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Kanan Unit Pemadam Shahrul Suhaili dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.15 pagi selepas lokasi disahkan selamat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan