Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 425 peket minyak masak bersubsidi yang dirampas Maritim Malaysia selepas menemui sebuah bot kargo kecil ditinggalkan berhampiran Kampung Sundang Laut. Foto Maritim Malaysia.

Cubaan seludup minyak masak bersubsidi di Sandakan tumpas

ByTVS

SANDAKAN, 16 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 425 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dalam satu operasi rondaan di perairan berhampiran Kampung Sundang Laut, Sandakan, petang tadi.

Rampasan dibuat hasil rondaan anggota Zon Maritim Sandakan pada pukul 5.45 petang, yang mengesan sebuah vesel kargo kecil dalam keadaan mencurigakan dan ditinggalkan, menurut kenyataan media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 25 bungkusan plastik hitam berisi 425 peket minyak masak bersubsidi dipercayai cuba diseludup keluar negara tanpa permit,” kata Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain.

Rampasan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, dan vesel terbabit telah ditunda ke Jeti Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan tidak akan berkompromi dalam menangani penyeludupan barangan kawalan yang boleh mengancam ekonomi negara dan menjejaskan hak rakyat.

Orang awam, terutamanya komuniti maritim, digesa menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti jenayah di laut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan