Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Majlis MDMD selesai mengangkat sumpah di Matu pada Jumaat. Foto Majlis Daerah Matu dan Daro.

28 ahli Majlis Daerah Matu Daro angkat sumpah

MATU, 16 Mei :Sebanyak 28 ahli Majlis Daerah Matu Daro (MDMD) mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis rasmi di sini,  hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan di hadapan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kesihatan Awam dan Perumahan), Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Bacaan ikrar diketuai oleh Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah, yang juga merupakan Pengerusi MDMD sekali gus menyaksikan pelantikan Rudy Suip sebagai Timbalan Pengerusi MDMD.

Dalam ucapannya, Michael menekankan peranan penting ahli majlis dalam merealisasikan agenda pembangunan kerajaan di peringkat akar umbi.

“Ahli majlis bukan sahaja berperanan sebagai pemantau, malah mereka turut berfungsi sebagai jambatan antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Menurut beliau, ahli majlis berperanan merancang, menilai dan memantau pelaksanaan projek pembangunan di kawasan masing-masing, selain menyelaras keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Mohamad Shukurdi Tazen yang mewakili Datuk Len Talif Salleh.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan