Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menyifatkan pertemuan pertamanya dengan Presiden Syria Ahmad al-Sharaa sebagai “hebat,” selain memuji potensi pemimpin itu dalam kenyataan di atas pesawat Air Force One, lapor Anadolu Ajansi. Foto AFP

Trump puji pertemuan pertama dengan Presiden Syria Al-Sharaa

ByBernama

ISTANBUL, 15 Mei: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menyifatkan pertemuan pertamanya dengan Presiden Syria Ahmad al-Sharaa sebagai “hebat,” selain memuji potensi pemimpin itu dalam kenyataan di atas pesawat Air Force One, lapor Anadolu Ajansi.

“Seorang lelaki muda yang menarik. Tegas dan berani. Ada latar belakang yang kukuh, sangat kukuh. Seorang pejuang,” kata Trump kepada pemberita. “Beliau memang ada peluang sebenar untuk menguruskan keadaan dengan baik.”

Pertemuan itu diadakan di ibu negara Arab Saudi, Riyadh dan turut disertai Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman manakala Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyertai melalui panggilan telefon.

“Saya bercakap dengan Presiden Erdogan yang sangat mesra dengannya. Beliau rasa al-Sharaa berpotensi melakukan tugas yang baik,” kata Trump.

Presiden AS itu menambah bahawa beliau menggalakkan Syria menyertai Perjanjian Abraham sebaik sahaja isu dalaman negara itu dapat diselesaikan.

Perjanjian Abraham merupakan pakatan kontroversi yang dimeterai semasa penggal pertama Trump bagi menormalkan hubungan diplomatik antara Israel dan beberapa negara Arab di rantau itu.

Trump pada Rabu turut mengumumkan bahawa AS akan menarik balik sekatan terhadap Syria. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan