Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Belia ketika Majlis Perasmian Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Bahagian Miri 2025 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, hari ini. Foto IKBN Miri

Semarak Hari Belia Negara iktiraf sumbangan akar umbi belia

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 15 Mei: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dipilih sebagai lokasi sambutan Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Bahagian Miri 2025 melambangkan tanda penghargaan terhadap jasa dan peranan golongan belia dari Bandaraya ini dalam pembangunan negara.

Timbalan Pengarahnya, Kamarulzaman Mohamed berkata, sambutan setiap 15 Mei itu menjadi manifestasi pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan besar golongan belia kepada kemajuan negara.

“Tahun ini menandakan sambutan ke-61 sejak Hari Belia Negara mula diperkenalkan pada tahun 1964,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Hari Belia Negara juga merupakan simbol kekuatan dan peranan strategik belia dalam masyarakat selain pengiktirafan kepada para pemimpin serta pertubuhan belia yang telah banyak berjasa dalam pembangunan sosial dan negara.

Tambahnya lagi, sebanyak 187 daerah dan bahagian di seluruh negara sedang melaksanakan program Semarak Hari Belia Negara 2025 sebagai usaha awal untuk menyemarakkan sambutan di peringkat akar umbi.

“Ayuh belia Malaysia, teruslah bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendakap iltizam ini dengan penuh amanah, memperhebat strategi dan membina citra baharu demi melonjakkan agenda pembangunan belia negara,” ujarnya.

Antara pengisian program di IKBN Miri termasuklah lafaz ikrar belia, ceramah kesedaran kesihatan mental, sembang santai bersama sukarelawan, pendaftaran SATRIA Rakan Prihatin, sukaneka, pertandingan Esports, Talent Nite serta pertandingan video TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan