Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah di Kampung Bintawa Ulu musnah dalam kebakaran pagi tadi. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Sebuah rumah di Kampung Bintawa Ulu musnah

KUCHING, 15 Mei: Sebuah rumah di Kampung Bintawa Ulu musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 8.03 pagi.

Menurutnya, seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis struktur separuh kekal dengan anggaran keluasan 50 x 80 kaki persegi,” katanya.

Beliau berkata, anggota bertugas berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berdekatan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan bomba masih menyiasat punca serta jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan