Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Rahman Mohamad menyampaikan peruntukkan dibawah kluster pembelian perkakasan computer kepada Kesatuan Penyelia Asrama (Pendidikan) Sarawak. Foto TVS

Sarawak terima peruntukan tertinggi kluster kajian PHEKS

KUCHING, 15 Mei: Sarawak menerima peruntukan tertinggi tahun ini melalui kluster kajian di bawah Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) zon Sarawak.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebanyak 31 kesatuan sekerja di Sarawak telah memohon dan menerima peruntukan berjumlah RM479,000 bagi tahun ini.

“Penerima tertinggi menerima sebanyak RM50,000, yang digunakan untuk menjalankan kajian bagi merancakkan lagi gerak kerja kesatuan sekerja, sebagaimana yang terkandung dalam buku yang saya tandatangani sebentar tadi.

“Tahun ini, kami teruskan pemberian bantuan agar mereka dapat melaksanakan kajian berkaitan pergerakan dan hala tuju kesatuan sekerja ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2025 peringkat Zon Sarawak, yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka pada Khamis.

Tambah beliau, jumlah peruntukan keseluruhan tahun ini adalah yang tertinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak RM10 juta berbanding RM5.8 juta pada tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM7.15 juta diperuntukkan kepada kesatuan sekerja, manakala bakinya sebanyak RM2.85 juta disalurkan melalui Program Outreach dan Program Khidmat Masyarakat (CSR).

Program PHEKS dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan