Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak (PKPS) Addinchee Kiflee. Foto TVS

PKPS jadi sukarelawan APMM perkukuh carilamat

ByAtikah Norman

TELOK MELANO, 15 Mei: Kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak dan komuniti pemancing Sarawak diperkukuh dengan penglibatan hampir 1,000 ahli sebagai sukarelawan misi mencari dan menyelamat (Carilamat) di perairan negeri.

Pengerusi Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak (PKPS), Addinchee Kiflee berkata, kerjasama yang memasuki tahun keempat itu melibatkan penyertaan aktif pemancing dari seluruh negeri, termasuk Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri.

“Kami menjadi mata dan telinga APMM di laut, menyalurkan maklumat awal tentang sebarang kejadian kecemasan.

“Ramai ahli kami memiliki bot berkuasa tinggi yang mampu pergi sejauh 70 hingga 80 batu nautika,” katanya ketika ditemui media semalam.

Menurutnya komuniti PKPS telah menyumbang secara berterusan dalam operasi carilamat walaupun kebanyakannya menggunakan dana sendiri tanpa bantuan tetap daripada agensi kerajaan.

“Setakat ini, hanya beberapa pihak menyalurkan bantuan seperti minyak dan makanan. Namun kami tetap semangat untuk terlibat dalam misi carilamat terutamanya di musim melandas,” ujarnya.

PKPS telah berkolaborasi dengan APMM sejak 2021 dan memainkan peranan yang sejajar dengan frontliner bagi menjaga keselamatan perairan Sarawak.

Beliau berharap peranan PKPS sebagai sukarelawan akan terus diiktiraf dan diperkasa melalui sokongan dan bantuan logistik demi keselamatan perairan Sarawak yang luas dan mencabar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan