Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warga tempatan berusia 35 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dan pecah premis di sekitar Pulau Pinang mati ditembak polis di Lintang Bukit Jambul, Bayan Lepas dekat George Town hari ini. Foto TVS

Penjenayah pecah rumah, kedai dobi mati ditembak polis

ByTVS

GEORGE TOWN, 15 Mei: Seorang penjenayah yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 25 kes samun dan pecah premis ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Lintang Bukit Jambul, Bayan Lepas dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.05 pagi itu, suspek warga tempatan berusia 35 tahun tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum itu melihat kereta jenis BMW dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, sebaik polis memperkenalkan diri, suspek telah keluar dari kereta dan bertindak melepaskan tembakan ke arah kereta polis.

“Bagi mempertahankan diri, polis melepaskan beberapa das tembakan sebelum suspek disahkan mati di tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian turut menjumpai sepucuk pistol jenis FNP-45 bersama tiga butir peluru, sebatang besi, rotan kayu (dua), parang (dua), peralatan disyaki untuk pecah rumah dan 15 paket lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 22.5 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, siasatan lanjut polis turut mendapati suspek mempunyai 19 kesalahan lampau berkaitan jenayah dan 15 kes berkaitan dadah.

“Dengan tertumpasnya suspek, kita berjaya menyelesaikan 25 kes samun serta pecah rumah dan kedai dobi di sekitar Pulau Pinang membabitkan kerugian kira-kira RM500,000.

“Polis juga sebelum itu telah membuat lapan tangkapan warga tempatan termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat bersama suspek dalam aktiviti jenayah,” katanya lagi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan