Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Nazmi Rosli menerima Anugerah Khas Kementerian Pendidikan pada Majlis Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-54 Tahun 2025 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Pendekatan kontekstual lonjak nama cikgu Nazmi terima Anugerah Khas Kementerian Pendidikan

KUCHING, 15 Mei: Pendekatan pembelajaran kontekstual yang diterapkan oleh cikgu Mohd Nazmi Rosli bukan sahaja berjaya mencetus keterujaan dalam kalangan murid dan ibu bapa, malah melayakkan beliau menerima Anugerah Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025, di sini hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sebangang, Lawas itu tampil sebagai wakil tunggal Sarawak yang menerima pengiktirafan berprestij tersebut hasil pendekatan inovatifnya dalam bilik darjah, biarpun berdepan pelbagai cabaran mengajar di kawasan pedalaman.

“Kita bawa pembelajaran kontekstual seperti contoh mana pelajar yang tidak pernah pergi ke kolam berenang, kita buat kolam berenang dalam kelas.

“Pelajar yang tidak pernah pergi ke pantai, kita buatkan simulasi pantai dalam kelas dan kita ubah seluruh kelas menjadi pantai pelajar. Begitu juga simulasinya kepada pelajar yang tidak pernah pergi ke stesen keretapi, kita pinjam katil dua tingkat menjadi stesen keretapi dalam kelas,” ujarnya.

Menurut beliau, pendekatan itu bukan sekadar memenuhi kehendak silibus, malah turut menyuntik nilai moral dan insaniah dalam kalangan murid agar dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.

“Pembelajaran kontekstual ini akan bergerak seiring dengan kehendak silibus dan pada masa yang sama kita memasukkan juga pelbagai nilai moral dan insaniah di dalam kelas-kelas tersebut,” katanya lagi.

Cikgu Mohd Nazmi berkata demikian ketika ditemui selepas majlis anugerah yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kekuatan sebenar seorang guru terletak pada ketahanan fizikal dan mental untuk terus berkhidmat, apatah lagi dalam suasana serba kekurangan di kawasan luar bandar.

“Saya dah berkhidmat selama lapan tahun dan cabaran begini adalah rutin harian yang kami hadapi.

“Semua isu kita boleh selesaikan selagi kita mempunyai penetapan minda yang tepat, mempunyai minat dan kesabaran untuk terus menjalankan tugas,” katanya.

Tegasnya, pendidik perlu memiliki empati serta memahami latar belakang murid agar pendidikan tidak hanya berfokus kepada akademik, sebaliknya turut membina sahsiah dan kemahiran hidup.

Sebelum ini, beliau turut mengharumkan nama negara apabila tersenarai dalam 10 guru terbaik dunia menerusi pencalonan Global Teacher Prize yang berlangsung di Dubai, baru-baru ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan