Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengguna jalan raya perlu berhati-hati semasa memandu di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin berikutan perubahan lencongan jalan sementara bermula 16 Mei 2025 hingga 5 Mac 2026

Patuhi arahan semasa perubahan lencongan jalan

ByFebbright James

KUCHING, 15 Mei: Pengguna jalan raya perlu berhati-hati semasa memandu di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin berikutan perubahan lencongan jalan sementara bermula 16 Mei 2025 hingga 5 Mac 2026.

Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dalam kenyataan menyatakan, pengguna jalan raya diminta mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan semua pengguna jalan raya sehingga tamat kerja-kerja pembinaan ini nanti.

“Tempoh kontrak pembinaan adalah bermula 15 Julai sehingga 14 Julai 2026. Pihak Kontraktor akan memaklumkan dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerjakerja ini.

“Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan sekiranya melalui kawasan yang terlibat,” katanya.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik, sila berhubung dengan LCDA melalui talian 082-235944 atau layari portal rasmi http://lcda.gov.my/.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan