Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mayat lelaki yang berumur 62 tahun itu ditemukan oleh anggota penyelam bomba di dalam kenderaan tersebut di dasar sungai pada 10 pagi tadi. Foto JBPM

Pacuan empat roda jatuh ke Sungai Sarawak, warga emas ditemukan lemas

ByBernama

KUCHING, 15 Mei: Seorang warga emas ditemukan lemas pagi ini, di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Tun Salahuddin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mayat lelaki yang berumur 62 tahun itu ditemukan oleh anggota penyelam bomba di dalam kenderaan tersebut di dasar sungai pada 10 pagi tadi.

Beliau berkata hanya seorang sahaja mangsa yang ditemukan dalam kenderaan tersebut, dan kes masih dalam siasatan.

“Setakat ini pihak polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah. Kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil membantu dan diharapkan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di sekitar lokasi kejadian hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjatuh ke dalam Sungai Sarawak berdekatan jambatan tersebut pada kira-kira 10 malam tadi.

Menurut saksi kenderaan itu pada mulanya diletakkan di bawah jambatan berkenaan, sebelum bergerak dan jatuh ke dalam sungai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan