Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi 2024 KKDW di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

Nahas FRU: PUSPAKOM laksana siasatan terhadap syarikat pemilik lori

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 15 Mei: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan melaksanakan siasatan terhadap syarikat pemilik lori batu kerikil yang terlibat dalam nahas jalan raya melibatkan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terhadap syarikat itu adalah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Jelas beliau, meskipun perundangan sedia ada mencukupi bagi menyiasat isu berkenaan, pelaksanaannya perlu dikuatkuasakan.

“Kita serahkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PUSPAKOM untuk melalukan siasatan,” katanya.

Beliau ditemui media selepas Majlis Perkhidmatan Cemerlang & Apresiasi 2024 Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pemandu lori berkenaan telah dikenakan perintah reman daripada mahkamah selama empat hari.

Siasatan terhadap pemandu terlibat dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) dan JPJ.

Kemalangan yang berlaku di simpang tiga Jalan Chikus – Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak itu melibatkan lori batu kerikil yang merempuh kenderaan FRU Unit 5 yang membawa 18 anggota FRU akibat kegagalan fungsi stereng. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan