Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan Peter Cklamovski (kanan) bersama Pengarah Teknikal Skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe (kiri) bergambar selepas sidang media pengumuman senarai pemain ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM hari ini. Foto Bernama

Masa depan Harimau Malaya cerah di bawah bimbingan Cklamovski – Cheng Hoe

ByBernama

PETALING JAYA, 15 Mei: Pengarah Teknikal Harimau Malaya Tan Cheng Hoe meluahkan rasa bangga selepas kembali menyertai skuad kebangsaan yang kini sedang melalui proses transformasi di bawah bimbingan ketua jurulatih Peter Cklamovski.

Cheng Hoe yang kembali ke pangkuan skuad kebangsaan dengan memikul tugas baharu bulan lepas berkata perbincangan bersama Cklamovski meyakinkan beliau mengenai hala tuju jangka panjang yang jelas untuk mengangkat mutu bola sepak Malaysia di semua peringkat.

Bekas ketua jurulatih Selangor FC berusia 56 tahun itu berkata program pembangunan jangka panjang skuad kebangsaan bergantung kepada pembangunan pemain muda yang berkesan, terutamanya dalam kalangan pemain Bawah 23 Tahun (B-23) hingga Bawah 18 Tahun (B-18).

“Sebahagian daripada tugas saya ialah membantu jurulatih mencari pendekatan terbaik yang sesuai dengan gaya permainan skuad kebangsaan. Pada masa sama, kita mesti menyuntik semangat dalam kalangan pemain muda untuk memasang impian menyarung jersi negara.

“Bukan mudah untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan ketika ini, namun sebagai jurulatih di beberapa peringkat umur, kita perlu tanamkan cita-cita itu dalam diri mereka,” katanya pada sidang media pengumuman senarai pemain Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.

Cheng Hoe yang pernah membawa Malaysia ke final Piala AFF 2018 ketika menjadi ketua jurulatih sebelum ini, yakin skuad negara berada di landasan tepat di bawah bimbingan Cklamovski dan optimis dengan masa depan Harimau Malaya.

Bulan lepas, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mengumumkan pelantikan Cheng Hoe, sekali gus menandakan ‘kepulangan’ beliau ke pangkuan pasukan negara selepas melepaskan jawatan ketua jurulatih pada awal Januari 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan