Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia menerima anugerah Pencapaian Terbaik bagi Penglibatan Anggota Pengaman wanita dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersempena UN Peacekeeping Ministerial 2025 di Berlin, Jerman. Foto Bernama

Malaysia terima anugerah Pencapaian Terbaik Penglibatan Wanita dalam misi pengaman PBB

ByBernama

BERLIN (Jerman), 15 Mei: Malaysia menerima anugerah Pencapaian Terbaik bagi Penglibatan Anggota Pengaman wanita dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersempena UN Peacekeeping Ministerial 2025 di Berlin, Jerman.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan yang dikongsi kepada Bernama memaklumkan bahawa anugerah tersebut diberikan berdasarkan penglibatan aktif anggota pengaman wanita Batalion Malaysia (MALBATT) dalam Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), yang memenuhi sasaran Strategi Kesamarataan Jantina dalam kalangan Anggota Beruniform (UGPS).

Menurut kenyataan itu, Malaysia merupakan antara negara yang komited menyokong agenda Women, Peace and Security (WPS).

Setakat ini, 10.5 peratus daripada keseluruhan anggota pengaman MALBATT di UNIFIL terdiri daripada wanita.

“Selain UNIFIL, ATM turut mengatur gerak anggota pengaman wanita sebagai pegawai pemerhati dan pegawai staf dalam misi MONUSCO (Misi Penstabilan PBB di Republik Demokratik Congo), MINURSO di Sahara Barat dan UNISFA di Abyei,” menurut kenyataan itu.

Markas ATM turut memaklumkan bahawa anugerah tersebut merupakan satu bentuk pengiktirafan antarabangsa terhadap sumbangan Malaysia dalam usaha memelihara keamanan sejagat.

Negara lain yang turut menerima anugerah itu ialah Fiji, Guatemala, Kenya, Malawi, Mongolia dan Tanzania.

Majlis penyampaian anugerah di Berlin itu turut dihadiri Ketua Staf Markas ATM Lt Jen Datuk Azhan Md Othman bersama Penasihat Pertahanan Perutusan Tetap Malaysia ke PBB di New York Kolonel Shamsuri Noordin.

Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mewakili Malaysia dalam mesyuarat UN Peacekeeping Ministerial 2025 menegaskan komitmen berterusan negara dalam menyokong agenda WPS sejajar dengan pelaksanaan UGPS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan