Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai hilang kawalan semasa melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), hari ini. Foto media sosial

LIMA’25: TLDM siasat insiden bot hilang kawal semasa raptai demonstrasi Segmen Maritim

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai hilang kawalan semasa melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), hari ini.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah yang dialami oleh kru bot tersebut akibat insiden ini.

“Namun, kru dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, di media sosial, tular beberapa video memaparkan bot tertera bendera TLDM dilihat hilang kawalan sebelum merempuh bot pelancong dan terbabas ke bahagian daratan.

Difahamkan terdapat juga orang awam yang berada berhampiran lokasi latihan itu dan turut merakam insiden terbabit.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan